Perwakilan beberapa negara sertai taklimat keselamatan ESSCOM

WhatsApp Image 2026 08 07 at 10.14.17 AM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

SANDAKAN: 7 Ogos 2026 – Beberapa perwakilan dari negara Eropah dan Amerika Syarikat menyertai Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan bersama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di Sandakan, semalam, untuk mendapatkan gambaran pengurusan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Switzerland, Jerman, Itali, Slovakia, Amerika Syarikat, Finland, Belgium, Republik Czech, Austria dan wakil dari Kesatuan Eropah.

Program itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainuddin Aman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman dan Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor B. Sanjos.

Sepanjang program, rombongan menerima taklimat agensi keselamatan mengenai pengurusan keselamatan dan perkembangan semasa di ESSZone sebelum meninjau beberapa lokasi strategik untuk melihat pelaksanaan kawalan keselamatan di lapangan.

Tinjauan itu memberi peluang kepada perwakilan asing melihat sendiri langkah keselamatan yang dilaksanakan di Pantai Timur Sabah, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap usaha berterusan memastikan ESSZone kekal selamat dan terjamin.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal