Pelajar Raih Geran RM9,000 Melalui Projek Literasi Kewangan Belia

46af7ade b73f 421f a46d 349a7b225a0a 1

KOTA KINABALU, 27 Mei 2026 – Tiga pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau menerima geran keseluruhan RM9,000 menerusi program Fund for Life anjuran Arus Academy dan FWD Insurance.

Thiery Christian Thomas, Vivianey Frederic dan Batrisya Jeffley masing-masing menerima RM3,000 atas kejayaan mereka melaksanakan projek komuniti literasi kewangan bernama Fundify pada Mac lalu.

Projek tersebut mensasarkan pelajar KV Keningau dengan aktiviti seperti Karnival Cabaran Pengurusan Kewangan dan sesi perkongsian bersama ASNB yang menarik hampir 100 pelajar.

Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang, berbangga dengan pencapaian itu.

“Penerapan literasi kewangan dalam kalangan pelajar amat penting demi melahirkan generasi yang lebih bijak merancang masa depan,” ujarnya.

Majlis penganugerahan berlangsung di The Klagan Regency, Kota Kinabalu. Seramai 15 pelajar KV Keningau turut dipilih untuk sesi baharu program berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal