Hampir 300 termasuk pelari luar negara sertai Ulu Kadamaian Trail Run Vol. 5

679828301 1509844450498887 6180699368317718685 n

KOTA BELUD: 28 April 2026 – Seramai hampir 300 peserta, termasuk dari Brunei, Labuan, Lawas, dan Selangor, menyertai Ulu Kadamaian Trail Run Vol. 5 yang berlangsung di Kampung Kiau, baru-baru ini.

Acara larian denai tersebut berlangsung dalam suasana meriah dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis.

Menurut penganjur, penyertaan kali ini mencatatkan peningkatan peserta luar daerah dan luar negara, sekaligus menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan.

Program itu bertujuan menyatukan komuniti melalui aktiviti larian, selain memperkenalkan keindahan alam semula jadi di Ulu Kadamaian. Ia juga menggalakkan gaya hidup sihat dan membantu menjana ekonomi setempat menerusi promosi homestay, kawasan perkhemahan, dan produk kampung.

Selain itu, acara itu turut membuka ruang untuk memperkenalkan Kampung Kiau sebagai Geotapak Budaya di bawah Kinabalu Global Geopark.

Penganjur memaklumkan bahawa acara ini akan diteruskan sebagai program tahunan. Ulu Kadamaian Trail Run Vol. 6 sudah dirancang untuk diadakan pada tahun hadapan.

Satu perkembangan menarik, keputusan perlumbaan kali ini menyaksikan pelari muda mendominasi kelompok 20 terbaik. Justeru, penganjur akan meneliti cadangan untuk mengasingkan kategori junior dan terbuka supaya persaingan lebih seimbang.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

image 22
Juara: Milton Amat

Kategori 21km Lelaki Terbuka
Juara: Milton Amat
Naib juara: Walter Herman
Ketiga: Jemson Daikin

image 23
Juara: Sapirin Sumping

Kategori 21km Lelaki Veteran
Juara: Sapirin Sumping
Naib juara: Gustin Bin Tiam
Ketiga: Raichin Bin Sungkit

image 25
Juara: Sinapilin Sarawi

Kategori 21km Wanita Terbuka
Juara: Sinapilin Sarawi
Naib juara: Zasseiiy Gitom
Ketiga: Nuryati Pulong

image 29
Juara: Mailin Salungin

Kategori 21km Wanita Veteran
Juara: Mailin Salungin
Naib juara: Epang Binti Sarawi
Ketiga: Rose Gimbaloh

WhatsApp Image 2026 04 28 at 15.00.37 1
Kategori 9km Lelaki Terbuka

Kategori 9km Lelaki Terbuka
Juara: Donald Ronaldi
Naib juara: Oswald Maikol
Ketiga: Alwe Gambar

image 28
Kategori 9km Lelaki Veteran

Kategori 9km Lelaki Veteran
Juara: Stanislaus Sakunir
Naib juara: Jirod Bin Bunahai
Ketiga: Loimin Gonsu

image 27
Juara: Evaleyna Benedict

Kategori 9km Wanita Terbuka
Juara: Evaleyna Benedict
Naib juara: Adevinna Chana Moimin
Ketiga: Dheyaa Leyna Binti Khairul Azme

image 26
Juara: Mailin Salungin

Kategori 9km Wanita Veteran
Juara: Fariza Sumping
Naib juara: Shoihi Gindihan
Ketiga: Ema Latius

Ulu Kadamaian Trail Run Vol. 5 dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Kiau dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Daerah Kota Belud, Polis Diraja Malaysia, Sabah Tourism Board, Geopark Taman Sabah, serta pelbagai agensi dan rakan korporat yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal