PENAMPANG, 26 Mei 2026 – Maxis terus menunjukkan komitmen dalam menyokong sambutan Pesta Kaamatan dengan memperkenalkan maskot baharu bagi festival berkenaan. Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh promosi budaya dan identiti unik Sabah ke peringkat lebih luas.
Perasmian maskot itu bukan sahaja menambah kemeriahan Kaamatan, malah menjadi platform mengetengahkan warisan budaya dan semangat perpaduan yang menjadi teras identiti rakyat Sabah.
YB Datuk Donald Peter Mojuntin merakamkan penghargaan kepada Maxis atas inisiatif itu. Beliau menyifatkannya sebagai usaha yang memberi nilai tambah kepada suasana sambutan tahun ini.
“Usaha ini bukan sekadar menceriakan sambutan, tetapi turut membawa mesej penghargaan terhadap budaya, identiti dan keunikan rakyat Sabah. Ia juga memperlihatkan kepelbagaian kaum dan keharmonian yang kita nikmati selama ini,” ujarnya.
Beliau berharap lebih banyak pihak akan mengambil pendekatan sama dengan menerapkan elemen budaya dan tradisi tempatan dalam pelbagai program bagi mempromosikan keistimewaan Sabah.
“Kesatuan yang wujud dalam kalangan rakyat Sabah adalah sesuatu yang amat bernilai dan perlu dipelihara bersama,” tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Pengurusan Jualan Wilayah Sabah Maxis, Melvin Yap, berkata syarikatnya telah menjadi antara penyokong sambutan Kaamatan sejak tujuh hingga lapan tahun lalu dan akan terus memberikan sokongan pada masa depan.
Menurutnya, pendekatan Maxis pada tahun ini berbeza kerana lebih menekankan pengalaman interaktif kepada pengunjung berbanding hanya memfokuskan penjenamaan semata-mata.
“Kami bukan sekadar mahu memperkenalkan aspek konektiviti, tetapi juga menunjukkan bagaimana teknologi dapat menghubungkan orang ramai walaupun berada di lokasi berbeza. Pada masa sama, kami mahu mengetengahkan budaya Sabah yang sangat unik,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa budaya Sabah mempunyai nilai istimewa yang sukar ditemui di tempat lain dan berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
“Kami mahu lebih ramai orang mengenali apa yang unik tentang Sabah, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia Tenggara dan seluruh dunia,” tambahnya.
Maxis turut menyediakan pelbagai aktiviti interaktif dan hiburan bagi menarik penyertaan pengunjung, sekali gus mewujudkan suasana lebih meriah sepanjang sambutan Pesta Kaamatan.
Melalui pendekatan ini, Maxis berharap sambutan Kaamatan dapat menjadi medium untuk meraikan tradisi masyarakat Sabah serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan seluruh rakyat Sabah.
terus menunjukkan komitmen dalam menyokong sambutan Pesta Kaamatan dengan memperkenalkan maskot baharu bagi festival berkenaan. Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh promosi budaya dan identiti unik Sabah ke peringkat lebih luas.