Lima lelaki ditahan bersabit kes merusuh di Tawau

WhatsApp Image 2026 08 17 at 1.12.02 PM

Gambar ilustrasi

Oleh: Nurul Fazliana Norman

TAWAU: 17 Ogos 2026 – Polis menahan lima lelaki berusia antara 19 hingga 37 tahun untuk membantu siasatan kes merusuh yang berlaku di kawasan lapang Jalan Imam Galundang, Tanjung Batu Keramat, Tawau, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, kejadian berlaku selepas seorang remaja lelaki berusia kira-kira 17 tahun mendakwa dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali ketika berada di kawasan padang Tanjung Batu Keramat.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kening, manakala sepupunya turut mengalami kecederaan.

Susulan laporan polis, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menjalankan siasatan sebelum menahan kelima-lima suspek di Pejabat Detektif BSJD IPD Tawau.

Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, manakala tiada rampasan harta direkodkan ketika tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal