Lelaki 29 tahun ditahan susulan kes pukul di Inanam

Lelaki dipukul di Inanam

KOTA KINABALU: 12 Oktober 2026 – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian memukul seorang lelaki berusia 23 tahun menggunakan topi keledar di hadapan sebuah premis di KK Taipan, Inanam, pada malam 10 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Shahrudin bin Mat Husain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dari ibu mangsa pada 11 Oktober lalu, kira-kira jam 5.48 petang.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya menahanan suspek di Kampung Melalin, Tuaran, pada 12 Oktober kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Bagaimanapun, usaha mengesan individu lain yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu masih diteruskan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Polis menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat dalam kejadian itu.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau mengeluarkan komen berunsur provokasi di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan dan mencetuskan kegusaran awam.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu atau mana-mana balai polis berhampiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal