TOKYO – Lebih 900 gempa bumi menggegarkan Kepulauan Tokara di selatan Jepun dalam tempoh dua minggu, mencetuskan kebimbangan penduduk yang kini hidup dalam ketakutan dan keletihan.
Walaupun tiada kerosakan serius atau amaran tsunami dikeluarkan, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk agar bersedia untuk pemindahan.
Ramai mengadu sukar tidur dan mendengar bunyi aneh dari laut sebelum gegaran berlaku, terutamanya pada waktu malam.
Situasi lebih meresahkan apabila ramalan gempa besar yang dikaitkan dengan komik lama artis manga Ryo Tatsuki kembali tular. Ramalan itu menyebut bahawa gempa dahsyat akan berlaku pada 5 Julai, menyebabkan ketakutan meluas dan pembatalan pelancongan.
Sekitar 700 penduduk di tujuh pulau, kawasan itu kekurangan kemudahan asas seperti hospital dan bantuan perubatan terdekat memerlukan perjalanan feri selama enam jam.
Fenomena ini mengingatkan rakyat Jepun terhadap risiko “The Big One”, gempa mega yang diramal berpotensi meragut ratusan ribu nyawa, seperti tragedi 2011 yang telah membunuh lebih 18,000 orang.
Sumber, BBC

