KOTA KINABALU : 6 Mei 2026 – Skuad karate Sabah tampil dominan pada Kejohanan MAKAF U14, Cadet, Junior dan U21 (Pra SUKMA) 2026 selepas meraih 52 pingat di Dewan Konvensyen Bukit Raja Klang dari 1 hingga 3 Mei lalu.
Kontinjen Sabah mengumpul 22 emas, 12 perak dan 18 gangsa sekali gus mencerminkan perkembangan positif persiapan menghadapi SUKMA.
Seramai 97 atlet mewakili Sabah dalam kejohanan itu terdiri dari 55 lelaki dan 42 wanita termasuk 19 atlet SUKMA.
Pasukan itu diurus Richard Ajak bersama jurulatih Sensei Danny, Sensei Ronney Boy, Sensei Mui Ling Tiwon, Sensei Clevelence dan Sensei Farlin.
Antara penyumbang emas Sabah ialah Keysha Durrani, Benn Arthur, Habib Luthfi, Auni Qaisara Mohd Nazri, Danish Rayyan, Henrique Jasper Sevilla dan Muhammad Rizki.
Turut meraih emas ialah Zanna Mae Marinus, Audrey Andry, Russel Azrael Wong, Nur Rasyiqah Razmi, Nur Rasyiqah Fariah Razmi dan Theo Noah Thomas.
Selain itu, Amirah Shahindah, Muhammad Syahzrullah Halim, Adeola Fay Roberth, Ivy Olivera Donny, Mukhriz Mazlan, Jericho Jones, Syahmi Izzan, Nur Radhiah Fatihah dan Ameera Jnita turut menjuarai kategori masing-masing.
Pingat perak disumbangkan oleh Nurfarhabatrisya, Deanicia Deann, Nur Hidayah Ammanda, Raiden Ares Wong, Male Team Kata, Shawanda Dania dan Putra Rayn Nazwan.
Turut menyumbang perak ialah Xavier Luke, Allyssa Audrey, Audrey Adreana dan Al Zovainz Zurizal.
Sementara itu, pingat gangsa dimenangi Abigail Clay, Zoe Moniesha Marius, Jeffisten Jeffrin, Aeywa Alnicoletta Walter Glen, Yona Adelia dan Althaf Azrul.
Turut meraih gangsa ialah Danish Rayyan, Caleb Wong, Chelsea Olivia, Female Team Kata A, Female Team Kata B, Chin Xueyi, Bryan Andreas, Khairil Iman, Qaisha Medinah, Irfan Shah, Adlin Viceroy dan Mohd Haznil Henry.
Atlet SUKMA Sabah turut menyumbang enam emas, dua perak dan empat gangsa sepanjang kejohanan itu.
Sumber: Majlis Sukan Negeri Sabah
