Kes Penipuan Pakej Mendaki Gunung Kinabalu

photo 2025 11 06 08 21 26

KOTA KINABALU: 5 November 2025 – Polis mengesan peningkatan kes penipuan membabitkan pakej pendakian Gunung Kinabalu dengan tiga kertas siasatan telah dibuka antara Januari hingga November tahun ini, melibatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM65,010.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Bin Muda, berkata kesemua siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berhubung penipuan yang dilakukan oleh ejen tidak berdaftar.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah dengan mengiklankan pakej pendakian melalui media sosial dan meminta bayaran penuh dari pelanggan.

Namun, ejen terbabit gagal mendaftarkan peserta dengan pihak Taman-Taman Sabah, menyebabkan mangsa hanya menyedari ditipu apabila mendapati nama mereka tiada dalam senarai rasmi pendakian pada hari sebenar.

Pihak polis telah menahan seorang wanita yang disyaki bertindak sebagai ejen pendakian tidak sah dan dia telah dituduh di mahkamah atas kesalahan penipuan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa membuat urusan dengan ejen pendakian dalam talian, serta memastikan ejen berkenaan berdaftar dengan pihak berkuasa atau Taman-Taman Sabah sebelum membuat sebarang pembayaran.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal