KOTA KINABALU : 6 Mei 2026 – Guru Pendidikan Khas dari SK Bingkor, Dr Velerie Wheelervon Primus mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi anugerah Cambridge Dedicated Teacher Awards 2026 bagi rantau Asia Tenggara dan Pasifik.
Beliau dipilih dari lebih 12,000 pencalonan guru seluruh dunia hasil dedikasi dalam memperjuangkan pendidikan inklusif dan pembangunan murid neurodivergent di negara ini.
Dr Velerie turut dikenali sebagai juara Randawi Tavantang Kaamatan 2010 dan aktif memperjuangkan seni, budaya dan identiti Sabah di peringkat nasional dan antarabangsa.
Melalui pendekatan pendidikan berinspirasikan budaya, seni dan terapi sensori, beliau berjaya membawa perubahan dalam landskap pendidikan khas di Sabah sehingga mendapat perhatian dunia.
Usaha beliau turut melahirkan pelbagai inovasi pendidikan, kejayaan antarabangsa dalam seni persembahan dan memberi impak kepada ribuan murid, guru dan keluarga.
Kejayaan itu membuktikan guru dari pedalaman Sabah mampu berdiri megah di pentas dunia membawa suara pendidikan Malaysia.
