SANDAKAN, 6 Ogos – Siri jelajah Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan diteruskan dengan penuh meriah di Harbour Mall Sandakan apabila orang ramai hadir memeriahkan program yang berlangsung selama tiga hari, bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026.
Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan merupakan sebahagian daripada inisiatif Hotlink dalam meraikan komuniti Geng Bijak Berbajet di Sabah dengan menggabungkan hiburan, hadiah, dan makanan PERCUMA, sambil memperkenalkan nilai terbesar yang ditawarkan melalui Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu.
Daripada Kota Kinabalu hinggalah ke Sandakan, sambutan luar biasa yang diterima kempen ini terus mendapat tempat dalam kalangan Geng Bijak Berbajet di Sabah yang sentiasa mencari lebih banyak nilai dalam setiap perbelanjaan mereka.

Sepanjang program berlangsung, booth Hotlink dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk sesi menari, berkaraoke, dan permainan menarik yang memberi peluang kepada pengunjung untuk membawa pulang KFC dan Ai-CHA PERCUMA daripada Hotlink.
Namun, lebih daripada sekadar aktiviti yang menarik, Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan merupakan sebahagian daripada usaha Hotlink untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan sambil memperkenalkan nilai terbesar yang ditawarkan oleh Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu.
Dalam hanya satu pelan, pengguna Hotlink Prepaid dapat nikmati diskaun RM10 setiap bulan, bersama pelbagai ganjaran termasuk:
- Internet dan kelajuan 5G tanpa had
- Baucar makanan PERCUMA KFC dan Ai-CHA
- Menang hadiah setiap Ahad menerusi Hotlink Menang Ahad! Termasuk iPhone, televisyen, data internet, serta pelbagai baucar
- Penstriman sukan dan hiburan PERCUMA dengan Sooka
- Data roaming PERCUMA ke 3 negara: Singapura, Thailand dan Indonesia
Bagi golongan muda berumur 24 tahun dan ke bawah, mereka turut diperkenalkan dengan Hotlink Rewards untuk Youth yang menawarkan diskaun RM20 bagi langganan Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu, sekali gus memberikan lebih penjimatan kepada pengguna muda yang memerlukan sambungan internet berkualiti pada harga mampu milik.
Selain memperkenalkan produk dan perkhidmatan terkini, pendekatan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri manfaat dan nilai terbesar yang ditawarkan oleh Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pilihan utama Geng Bijak Berbajet di Sabah.
Jelajah Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan Diteruskan ke Tawau
Selepas sambutan menggalakkan di Kota Kinabalu dan Sandakan, siri jelajah Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan akan diteruskan pula ke Semarak, Tawau pada 14 hingga 16 Ogos 2026 ini.
Penduduk di Tawau dan kawasan sekitarnya dijemput hadir bagi menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, menyertai cabaran interaktif, menebus blindbox eksklusif serta berpeluang memperoleh baucar makanan KFC dan Ai-CHA menerusi kempen Hotlink Belanja Makan.
Layari www.hotlink.com.my/ms/plan/east-malaysia atau kunjungi mana-mana Kedai Hotlink dan pengedar sah Hotlink berhampiran untuk maklumat lanjut mengenai Hotlink Prepaid dan jangan lepaskan peluang untuk menyertai siri jelajah Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan yang akan datang di Tawau.

