107 sekolah di Serian ditutup akibat jerebu

photo 2026 08 12 20 40 44

Gambar ilustrasi

Oleh: Nurul Fazliana Norman

SERIAN: 12 Ogos 2026 – Sebanyak 107 sekolah di daerah Serian, Sarawak ditutup mulai Khamis, 13 Ogos 2026, susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat akibat fenomena jerebu, menurut Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).

Penutupan itu melibatkan lapan sekolah menengah dan 99 sekolah rendah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Serian.

JPNS berkata, keputusan berkenaan dibuat untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid dan warga pendidikan sentiasa terpelihara berikutan keadaan cuaca panas, turut menyebabkan beberapa lokasi di Sarawak mencatat bacaan IPU tidak sihat.

Pihak sekolah turut diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan dan merujuk garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan langkah menjamin kesihatan dan keselamatan murid di kawasan berjerebu.

JPNS menasihati semua institusi pendidikan supaya sentiasa peka dengan perkembangan fenomena jerebu di kawasan masing-masing dan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Sebarang perubahan atau maklumat terkini mengenai penutupan sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Utusan Malaysia dan Bernama melaporkan punca utama jerebu ialah kebakaran hutan dan tanah gambut di wilayah Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah, Indonesia.

Menurut Pontianakpost, asap dari titik panas di Kalimantan Barat bergerak ke utara dan memasuki wilayah Sarawak, dengan Serian mencatat IPU 171.

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Utusan Malaysia, Bernama dan Pontianakpost.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal