Tiga termasuk warga asing dicekup miliki syabu

764089440 1541168924706102 3392174798369085770 n

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

TAWAU, 6 Ogos 2026 – Tiga lelaki termasuk dua warga asing diberkas selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam tiga tangkapan berasingan menerusi Ops Tapis yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), IPD Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, dua suspek ditahan di Batu 5, Jalan Apas kira-kira jam 2.10 petang, manakala seorang lagi diberkas di hadapan sebuah rumah di Batu 5½, Jalan Apas sekitar jam 5 petang.

762763717 1541168961372765 2139942798140273956 n

Hasil pemeriksaan menemukan tiga paket dan satu paket kecil plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat keseluruhan 0.72 gram yang disorokkan di dalam kotak rokok dalam simpanan suspek.

Kesemua suspek terdiri daripada dua warga asing berusia lingkungan 20-an dan 50-an dan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras jenayah dadah di daerah ini.

(Sumber: IPD Tawau)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal