Guna internet secara selamat dan bertanggungjawab

e6e5188b 0300 4c29 8d62 5020eb34755d

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PAPAR: 24 Ogos 2026 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menyeru masyarakat supaya menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab ketika merasmikan Kempen Internet Selamat Daerah Papar 2026 di sini, Sabtu lalu.

IMG 1719

Armizan berkata, perkembangan teknologi dan penggunaan internet yang semakin meluas memerlukan masyarakat meningkatkan kewaspadaan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Peningkatan kes penipuan dari semasa ke semasa menunjukkan keperluan masyarakat meningkatkan kewaspadaan dengan menggunakan internet secara bijak dan bertanggungjawab,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian itu.

Menurutnya, kemudahan internet menyediakan pelbagai ruang dan peluang kepada masyarakat, namun turut disalahgunakan pihak tertentu untuk melakukan kegiatan bertentangan dengan undang-undang, termasuk scam dan penipuan.

Jelasnya, Kempen Internet Selamat (KIS) penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan platform digital dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai bentuk penipuan dalam talian.

IMG 1721

Katanya, semangat kemerdekaan juga perlu diterjemahkan melalui sikap bertanggungjawab dalam penggunaan ruang digital, termasuk memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Beliau berharap budaya penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab terus diperkukuh dalam kalangan rakyat untuk menyumbang kepada pembinaan negara yang aman, bersatu dan sejahtera.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor; ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim; ADUN Kawang, Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar; dan ADUN Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.

Terdahulu, Armizan turut merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Daerah Papar di Dewan Terbuka Kampung Sekayan

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal