1,500 peserta sertai Langkah Jiwa Merdeka di Kudat

IMG 1576

KUDAT: 24 Ogos 2026 — Seramai 1,500 peserta menyertai Langkah Jiwa Merdeka di Dewan Terbuka Tomborungus, di sini, pada Ahad.

Program itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Peserta memulakan program dengan Senamrobik sebelum meneruskan langkah sejauh tiga kilometer.

Sepanjang perjalanan, peserta membawa Jalur Gemilang dan bendera Sabah sambil diiringi lagu-lagu patriotik.

Pelbagai aktiviti turut disediakan sepanjang program, termasuk flying fox, kempen derma darah dan cabutan bertuah untuk peserta.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Peter Tong Ah Pin juga merupakan ketua konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026.

Antara agensi yang membuka reruai sepanjang program ialah Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat, Jabatan Pertanian Sabah Daerah Kudat dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kudat.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal