900 sertai larian sulung Energy SolaRun 2026 anjuran EcoS

30a0040d c8b4 44e9 b723 f3617cc25434

KOTA KINABALU: Kira-kira 900 peserta menyertai larian sulung Energy SolaRun 2026 anjuran Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) di Gelanggang Bola Tampar, Stadium Likas, hari ini.

Larian ini bukan sekadar bersukan untuk perserta. Setiap langkah mereka turut membawa harapan kepada komuniti memerlukan di Sabah.

fdf8018a edbc 4dd5 86d3 dc7a67624a32

Larian menerusi Persatuan Sukan, Rekreasi dan Sosial ECoS (SUNAGA) itu mempertandingkan kategori 5 kilometer (km) dan 10 km. Ia turut menjadi ruang meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kecekapan tenaga, penggunaan tenaga boleh baharu dan amalan tenaga mampan di Sabah.

Penganjur juga menggalakkan pengguna memilih peralatan elektrik cekap tenaga dengan pensijilan SIRIM dan penarafan tenaga lima bintang ketika membeli.

Semua hasil kutipan acara disalurkan untuk Program Khidmat Budi 2027 kendalian ECoS. Program itu membantu komuniti memerlukan menerusi kerja pendawaian semula dan sokongan elektrik lain bagi meningkatkan keselamatan pemasangan elektrik di rumah mereka.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr. Ahemad Sade; dan Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal