Confluence – A Voice Recital III satukan muzik Nusantara dan opera Barat

8B1E213F 2CB4 48C0 870E 67B3B8CA0F75 BBAF2433 3786 4C02 A4A7 3BE3304CEA5B

KOTA KINABALU: 26 Ogos 2026 — Bayu Voices Collective akan menganjurkan konsert vokal ketiga mereka, Confluence – A Voice Recital III, pada 5 September 2026 ini di Galeri Seni Sabah.

Konsert itu mengetengahkan gabungan muzik Nusantara dan opera Barat menerusi persembahan vokal yang menghimpunkan karya dalam bahasa dan tradisi muzik berbeza yang bermula pada jam 7.30 malam.

Antara yang akan dipersembahkan ialah lagu dalam bahasa Kadazan, Dusun, Melayu, Pakpak, Indonesia dan petikan opera Barat dari karya La bohème, Lakmé, Semele, I vespri siciliani dan The Pirates of Penzance.

Persembahan itu menampilkan sembilan penyanyi tempatan, termasuk Gianna Wong, Maryann Magdalena Linnis, Nicole Lette Chong Wei, Avelyn Chua, Ellen Gabriela Jopitan, Aaron Low Wai Ian, Gui Foo Cheng, Mohammad Azwan Bin Azman, dan korus The Male-Efficient.

Mereka akan diiringi tiga pianis, iaitu Euler Edwin Majanil, Debbie Robben dan Marcus Khoo.

Kemasukan adalah menerusi sumbangan minimum RM50, manakala pintu dibuka pada jam 7.15 malam.

Tempahan dan pertanyaan lanjut boleh dibuat menerusi talian 013-857 0881.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal