PENAMPANG: 16 September 2026 — Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menjalankan operasi pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan di daerah ini dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah.

Operasi yang berakhir awal pagi ini memeriksa seramai 17 individu, terdiri dari 11 lelaki dan enam wanita.
Kesemua mereka menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati negatif dari sebarang jenis dadah.
Tiada tangkapan dibuat sepanjang operasi berkenaan.
IPD Penampang akan meneruskan pemeriksaan dan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap premis hiburan di daerah ini untuk membendung kegiatan penyalahgunaan dadah.
Langkah itu juga bertujuan memastikan persekitaran premis hiburan kekal selamat dan terkawal.
Sumber: Polis Daerah Penampang

