“Between Breath & Keys” tampilkan pengalaman muzik klasik Barat di Tuaran

a2baaf57 b4e8 4f85 9164 f8a87f945a8e 39F610CE 6053 4D22 A0A1 3F175567A9C6

TUARAN: 12 September 2026 — Peminat muzik klasik di Sabah bakal disajikan dengan persembahan vokal klasik Barat menerusi “Between Breath & Keys: Classical Voice Recital”, yang akan berlangsung di Tuaran malam ini.

Dianjurkan Fortissimo Music Studio, resital tersebut mengetengahkan karya-karya dari tradisi muzik klasik Barat dalam bahasa Itali, Jerman, Perancis, Latin, Inggeris dan Indonesia.

Persembahan selama satu jam 30 minit itu akan menampilkan Rhowell Rolland sebagai solois dan Euler Majanil sebagai pemain piano, selain penglibatan Nathalia Atena, mezzo-soprano, dan Aamanda Peter, soprano.

Menurut penganjur, persembahan itu turut membawa pendekatan untuk memperkenalkan teknik dan seni nyanyian klasikal kepada khalayak lebih luas.

“Klasikal merupakan asas kepada apa saja jenis nyanyian kerana teknik nyanyian klasikal boleh diaplikasikan pada genre nyanyian lain.”

Resital yang dijadualkan bermula 8 malam hingga 9.30 malam itu akan membuka pintu kepada penonton pada 7.30 malam.

Tiket ditawarkan pada harga RM65 dan tempahan boleh dibuat melalui Fortissimo Music Studio di talian 0111-757 0627.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal