Aru By The Sea tarikan baharu di Tanjung Aru

4A763E5C E6A9 44E6 A62C 1F0DFD426E21 8604CA05 CA58 4FD4 9B1E 0A9678673EE8

KOTA KINABALU: 27 September 2026 – Aru By The Sea di Pantai 2, Tanjung Aru, kini menjadi tarikan baharu untuk pengunjung menikmati suasana pantai di Kota Kinabalu.

Pengasasnya, Sharif Aeman Azharie, berkata premis itu dibuka dengan visi menyediakan lokasi menarik dan selesa untuk orang ramai bersantai di Tanjung Aru.

9f89f66f 9a4d 4360 a9a9 bf0d8213f1e1

“Saya mempunyai visi dan misi besar untuk melihat Tanjung Aru mempunyai satu tempat menarik, supaya orang boleh datang duduk santai dalam keadaan selesa,” katanya semasa majlis perasmian Aru By The Sea di Pantai 2, Tanjung Aru, kelmarin.

Menurut Sharif, Tanjung Aru ialah antara tarikan pelancongan di Kota Kinabalu dan menjadi lokasi persinggahan pengunjung dan pelancong.

6b5f8acc 2c43 471a b135 cbb9ae676d5e

Beliau berkata pembangunan Aru By The Sea dijalankan sejak hujung 2025 dengan kerjasama Tanjung Aru Eco Development Sdn. Bhd. (TAED).

ac03fce7 adf8 448a a612 236e8dbe80cf

“Pelancongan di Sabah tidak terhad di kawasan jauh sahaja. Ia juga boleh dibangunkan di ibu kota negeri dan di pesisir pantai Kota Kinabalu,” katanya.

Pengurus Besar TAED, Datuk Alijus, berkata Aru By The Sea turut membuka peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

bf2018f7 ccae 468a ba9e e9762eae1f3f

“Setakat ini, sudah ada 15 pekerja tempatan. Pada majlis petang ini pun ada beberapa pekerja sambilan yang diambil untuk menjayakan majlis ini,” katanya.

Sharif berharap Aru By The Sea menjadi tempat selesa dan menarik untuk warga tempatan dan pelancong.

5e70dd7d 8fbd 4159 8ce4 46700e112c59

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Fairuz Renddan, berharap Aru By The Sea terus berkembang dan menjadi destinasi pilihan masyarakat Sabah dan pelancong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal