KOTA BELUD: 12 Jun 2026- Dua lelaki tempatan ditahan manakala 6.0 liter air ketum bernilai kira-kira RM100 dirampas dalam dua serbuan berasingan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, semalam.
Dalam serbuan di Kampung Pirasan, Jalan Menteri, polis menahan seorang lelaki dan merampas 1.5 liter air ketum yang dipercayai untuk tujuan penjualan.
Seorang lagi lelaki ditahan dalam serbuan di Kampung Taun Gusi dengan rampasan 4.5 liter air ketum.
Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif.
Polis Kota Belud akan terus mempergiat usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan penjualan air ketum bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Sumber : Polis Daerah Kota Belud
