MA63 Asas Penyatuan Negara, Tuntutan 40% Wajib Ditunaikan — Shafie

shafie apdal

KOTA KINABALU : 29 Januari 2026 — Datuk Shafie Apdal menegaskan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan asas pembentukan negara yang mengikat rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai sebuah Malaysia yang bersatu.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 27 Januari lalu, dengan menekankan bahawa MA63 bukan sekadar dokumen sejarah, sebaliknya satu ikatan yang menyatukan rakyat walaupun dipisahkan oleh Laut China Selatan dan berbeza latar agama serta budaya.

“MA63, Perjanjian Malaysia 1963, adalah asas pembentukan negara ini yang mengikat rakyat Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu menjadi sebuah Malaysia yang kita cintai. Walaupun dipisahkan oleh Laut China Selatan, walaupun berbeza agama dan budaya, ikatan ini wujud kerana harapan yang tinggi terhadap masa depan negara.”

“Perkara berkaitan 40 peratus bukan isu baharu dan ia bukan perjanjian yang berada di luar Perlembagaan. Ia disebut dengan jelas dalam Perlembagaan bahawa hasil cukai yang dipungut perlu ditunaikan sebagaimana termaktub. Apa yang tercatat dalam Perlembagaan mesti dilaksanakan.”

“Ini penting untuk membentuk nurani dan menyentuh jiwa rakyat Sabah dan Sarawak, kerana pembinaan negara harus menyentuh hati semua. Apa yang telah dititahkan oleh Tuanku bukan sekadar janji, tetapi mesti menjadi kenyataan, termasuk tuntutan 40% yang jelas diperincikan dalam Perlembagaan,” katanya.

Dalam perbahasan itu, Ahli Parlimen Semporna turut menegaskan bahawa tuntutan 40% hasil Sabah dan Sarawak berbeza daripada peruntukan lain seperti geran khas pendidikan dan prasarana, kerana ia diperincikan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu dilaksanakan sebagai satu kewajipan.

Sebagai mantan Menteri Perpaduan, Shafie turut menekankan bahawa pelaksanaan MA63 secara menyeluruh penting bagi memperkukuh perpaduan dan kepercayaan rakyat terhadap pembentukan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal