SEOUL: 11 Ogos 2026 — Confidite, Ego Vici Mundum dipilih sebagai lagu tema rasmi World Youth Day (WYD) Seoul 2027.
Lagu yang membawa maksud “Take Courage! I Have Overcome the World” itu dilancarkan menerusi saluran YouTube rasmi WYD Seoul 2027.
Ia digubah pemuzik Korea, Francis Jiyoon Kim, selepas dipilih daripada 434 penyertaan.
Lagu itu bakal bergema dalam kalangan ratusan ribu belia Katolik yang dijangka menyertai perhimpunan belia Katolik sedunia di Seoul.
Pelancaran lagu tema turut menyaksikan pelancaran Breath of Life Global Tree-Planting Campaign.
Kempen itu mengajak umat Katolik di seluruh dunia menanam pokok sebagai tanda iman dan keprihatinan terhadap alam sekitar.
Ia dianjurkan WYD dengan kerjasama Laudato Si’ Movement.
Pendaftaran peserta dan sukarelawan dijangka dibuka pada separuh kedua 2026.
Presiden Jawatankuasa Penganjur Tempatan WYD Seoul 2027, Archbishop Peter Soon-taick Chung, berkata pihaknya akan melakukan segala usaha untuk menjadikan WYD Seoul 2027 sebagai sambutan penuh harapan.
“Kami mahu ia mencerminkan semangat keramahan dan solidariti Korea dan Seoul,” katanya.
Sumber: Shallom World News

