Lelaki ditahan kes cabul wanita warga China di Semporna

Copy of Gambar Artikel 1 20260428 211513 0000

SEMPORNA: 20 September 2026 – Seorang lelaki berusia 18 tahun ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian dipercayai melibatkan kesalahan menceroboh dan mencabul seorang wanita di sebuah resort di daerah ini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi, 19 September 2026, di sebuah bilik penginapan di sebuah resort di Jalan Kamiri, Semporna.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa, seorang wanita warganegara China berusia 25 tahun, sedang tidur sebelum tersedar dan mendapati seorang lelaki berada di dalam biliknya.

Suspek dipercayai memegang tangan mangsa dan menanggalkan sebahagian pakaian mangsa sebelum berlaku pergelutan.

Mangsa kemudian berjaya melarikan diri dari bilik berkenaan dan bersembunyi di kawasan semak berhampiran sehingga ditemui seorang pekerja resort pada waktu pagi.

Semasa cuba melarikan diri, mangsa mendakwa rambutnya ditarik oleh suspek sehingga dia terjatuh.

Bertindak berdasarkan maklumat dan hasil siasatan awal, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna menahan seorang lelaki berusia 18 tahun di kawasan resort kira-kira jam 8 malam.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Semporna untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah terhadap seseorang dengan niat mencabul kehormatan.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berspekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana siasatan masih dijalankan.

IPD Semporna memberi jaminan bahawa siasatan akan dilaksanakan secara menyeluruh dan profesional.Sumber: Kenyataan media Polis Daerah Semporna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal