Wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat lima

193fe0b7 266c 4c03 a820 4b88e184ab75

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

PENAMPANG: 29 September 2026 – Seorang wanita tempatan berusia 38 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Donggongon, semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy bin Newton berkata, pihaknya menerima laporan selepas mangsa ditemui tidak sedarkan diri di atas jalan di bahagian belakang sebuah bangunan pada kira-kira jam 12.36 tengah hari.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, pada jam 1.05 petang.

Punca kejadian masih dalam siasatan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), manakala bedah siasat akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan gambar mahupun video berkaitan kejadian demi menjaga sensitiviti privasi keluarga mangsa.

sumber: Polis Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal