59.64 gram syabu dirampas, lelaki warga asing ditahan di Putatan

IMG 4228

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing berusia 23 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki 59.64 gram syabu berhampiran sebuah kedai dobi 24 jam di Putatan, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.

Lelaki itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Pemeriksaan menemukan 11 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu, bernilai kira-kira RM6,000.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke pejabat BSJND Penampang untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton, menasihatkan masyarakat menjauhi penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Beliau juga meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal