TVET perlu diperkukuh seiring teknologi dan industri – Mordi

WhatsApp Image 2026 08 10 at 9.59.56 AM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PENAMPANG: 10 Ogos 2026 — Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diperkukuh untuk memastikan tenaga kerja negara kekal relevan dengan perubahan teknologi dan keperluan industri, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Anak Bimol.

Beliau berkata demikian pada Istiadat Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut Ke-18 Tahun 2026 di Penampang, Sabtu.

Menurut Mordi, perkembangan teknologi, kecerdasan buatan, automasi dan inovasi mengubah landskap pekerjaan, sekali gus menuntut tenaga kerja yang mampu menguasai teknologi baharu.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkukuh TVET 2.0 melalui kerjasama erat dengan industri. Setakat ini, KBS memeterai 180 jalinan kerjasama termasuk Memorandum Persefahaman (MoU) bersama rakan strategik industri yang masih aktif.

Kerjasama ini menjadi pemangkin latihan berkualiti, berorientasikan industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan ILKBS, tambah beliau.

IKBN Kinarut terus melahirkan bakat TVET berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan ekonomi negara.

WhatsApp Image 2026 08 10 at 9.59.57 AM

Seramai 153 graduan dari tujuh bidang kemahiran diraikan termasuk Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik, Geomatik dan Ukur Tanah, Pendawaian Elektrik, Penjaga Jentera Elektrik dan Pelukis Pelan Senibina.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Chan Chong Jin; Pengarah Kemahiran KBS, Mohd Shukri Ismail; dan Pengarah IKBN Kinarut, Zuarini Ismail.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal