Tiga Lelaki Ditahan Kes Pecah Rumah Kedai di Tawau

Gambar Lelaki Ditangkap Di Tawau

TAWAU: 26 September 2025 – Polis menahan tiga lelaki berusia lingkungan 36 hingga 60 tahun selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah kedai di kawasan Fajar, Jalan Haji Karim, Tawau.

Kejadian terbongkar apabila pemilik premis mendapati kunci serta pintu grill rumah kedainya rosak sebelum menyedari beberapa barangan di dalam premis hilang.

Susulan laporan polis dibuat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau melancarkan dua serbuan berasingan di Jalan Damai dan Kampung Titingan.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah kedai berkenaan.

Ketiga-tiga suspek, terdiri dari warganegara tempatan dan asing, kini ditahan bersama barang rampasan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal