Remaja 16 Tahun Ditahan Bawa Senjata Tajam di Tawau

Gambar Lelaki Pukul Teman Wanita

TAWAU: 24 September 2025 – Seorang remaja lelaki berusia sekitar 16 tahun ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan cegah jenayah di sekitar bandar Tawau.

Menurut maklumat polis, remaja tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri ketika diperiksa. Pemeriksaan lanjut mendapati suspek membawa sebuah beg yang mengandungi senjata tajam berbentuk buku lima.

Senjata berbahaya itu dirampas manakala suspek ditahan untuk tindakan lanjut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan 1958.

Pihak polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang memiliki senjata berbahaya tanpa alasan munasabah bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal