Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
KOTA KINABALU: 9 Ogos 2026 – Tiga lelaki ditahan manakala enam motosikal dirampas selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kes curi motosikal sekitar Keningau dan Nabawan, semalam.
Tangkapan dibuat menerusi operasi susulan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kota Kinabalu bersama BSJ IPD Keningau, susulan laporan kehilangan sebuah motosikal Aveta V13R di kawasan parkir berhampiran 1Borneo, Kota Kinabalu.
Bertindak atas maklumat diperoleh, polis menahan tiga suspek berusia antara 21 hingga 30 tahun dalam beberapa tindakan berasingan.
Enam motosikal pelbagai jenis dan model turut dirampas kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes curi motosikal yang sedang disiasat.Hasil soal siasat awal mendapati kesemua suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan.
Polis turut meneruskan siasatan untuk mengenal pasti penglibatan mereka dalam kes lain sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berdekatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
sumber: IPD Kota Kinabalu

