Thong Bowl Buka Cawangan Pertama Di Sabah- Sambutan Gemilang di Imago Mall

photo 6100529907990465306 w

KOTA KINABALU: 12 November 2025 – Jenama makanan tempatan terkenal, Thong Bowl, kini secara rasmi melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan cawangan pertama di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu pada 8 November lalu.

Majlis pembukaan besar-besaran itu berlangsung meriah dengan persembahan istimewa daripada kumpulan rap popular Sabah, K-Clique, serta persembahan tarian tradisional oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS).

photo 6100529907990465304 w

Gabungan moden dan tradisional itu menggambarkan semangat Thong Bowl dalam meraikan kepelbagaian budaya serta tenaga anak muda Sabah.

Sejak hari pertama pembukaan, Thong Bowl menjadi tular di media sosial dengan kehadiran orang ramai yang beratur panjang untuk mencuba menu terkenal mereka, Beef Noodle yang dikenali dengan hidangan saiz “besar gila bowl” dan rasa yang mantap, menjadikannya antara pilihan utama pelanggan di seluruh negara.

photo 6100529907990465308 y

Thong Bowl sebelum ini mencipta nama di Semenanjung Malaysia dan kini mencuri tumpuan rakyat Sabah dengan konsep unik yang menggabungkan makanan enak, suasana mesra dan gaya moden anak muda tempatan.

Jenama ini turut menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records bagi Biggest Commersial Milk Tea dan Biggest Beef Bowl, selain turut diiktiraf oleh Rekod ASEAN atas penjualan paling terbanyak mangkuk mi daging bersaiz besar.

photo 6100529907990465298 w

“Kami sangat berbangga dapat membuka cawangan pertama di Sabah. Thong Bowl bukan sekadar makanan, ia satu pengalaman. Kehadiran K-Clique dan persembahan pelajar UMS dalam majlis pembukaan ini mencerminkan tenaga dan semangat Sabah yang selaras dengan identiti jenama kami,” kata jurucakap Thong Bowl.

Thong Bowl yang diasaskan di Malaysia terkenal dengan hidangan No.1 Beef Noodle – semangkuk besar berisi hirisan daging lembu premium Australia, brisket dan bebola daging dalam sup pekat yang penuh rasa.

photo 6100529907990465299 w 1 1

Kini dengan kehadiran cawangannya di Sabah, Thong Bowl terus mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu jenama F&B tempatan paling pesat berkembang di Malaysia, seiring dengan slogan popularnya “Thong Bowl, No.1 Beef Noodle.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal