Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
TAWAU, 17 Oktober 2026 – Seorang lelaki warga asing berusia 19 tahun maut dalam kemalangan membabitkan motosikal Honda FS150 dengan kereta Perodua Axia di Batu 3½, Jalan Apas, Tawau, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi bin Mat Jusoh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dipandu seorang wanita tempatan berusia 31 tahun sedang membuat pusingan U sebelum motosikal berkenaan melanggar bahagian kiri kereta itu.
Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu kereta pula tidak mengalami kecederaan.
Semakan mendapati penunggang motosikal tidak memiliki lesen memandu yang sah. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Polis Daerah Tawau

