KOTA KINABALU: 16 April 2026 – Warga Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) diseru agar terus bekerja keras dan berkhidmat kepada masyarakat bagi memperkukuh pembangunan sektor agromakanan negeri.
Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar menegaskan bahawa komitmen berterusan semua peringkat jabatan dan agensi amat penting untuk memastikan perancangan benar-benar memberi impak kepada golongan sasar seperti petani, nelayan dan penternak.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kementeriannya, di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian, hari ini.
“Kejayaan yang dicapai setakat ini adalah hasil usaha kolektif seluruh warga kementerian termasuk Setiausaha Tetap, Timbalan, ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi di bawahnya,” kata Jamawi, sambil menghargai sokongan semua pihak yang terus komited memajukan sektor pertanian, perikanan dan industri makanan Sabah.
Tambahya lagi, usaha berterusan perlu diperkukuh melalui kerjasama erat dengan semua kumpulan sasar dalam sektor agromakanan, justeru pendekatan turun padang akan memastikan dasar yang digubal kekal relevan.
Beliau berharap hubungan silaturahim dan semangat kerja berpasukan terus diperkukuh bagi memastikan matlamat pembangunan sektor agromakanan Sabah tercapai.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin kepada semua warga kementerian. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat kementerian itu.
