Tegas pertahan autonomi imigresen, abai desakan Bersih – Jaffari

WhatsApp Image 2026 07 03 at 8.54.44 PM

KOTA KINABALU: 3 Julai 2026 — Datuk Jaffari Waliam menggesa Ketua Menteri supaya mengabaikan desakan Bersih Sabah menarik balik sekatan kemasukan terhadap pengarah eksekutifnya, Asraf Sharafi, dan terus mempertahankan autonomi imigresen negeri.

“Saya berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri,” katanya sambil menyokong penuh keputusan kerajaan demi keselamatan dan kepentingan negeri.

Beliau menolak dakwaan Bersih Sabah mengenai penyalahgunaan kuasa sebagai tidak berasas, kerana ia bercanggah dengan pengakuan mereka sendiri yang menghormati hak Sabah. “Jika benar mereka menghormati autonomi Sabah, mereka juga perlu menghormati keputusan kerajaan negeri,” tegasnya.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum-gum, Jaffari juga berkata kerajaan tidak wajib mendedahkan penilaian keselamatan di sebalik keputusan imigresen, dan menolak tuduhan melindungi “koruptor” tanpa bukti sebagai provokasi politik.

Beliau menegaskan keputusan imigresen adalah hak mutlak Sabah dan tidak harus dipengaruhi tekanan mana-mana pihak. Rakyat Sabah, katanya, tidak mahu budaya demonstrasi jalanan diimport ke negeri ini.

“Autonomi imigresen adalah hak perlembagaan yang wajib dipertahankan demi kepentingan negeri dan rakyat Sabah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal