KOTA KINABALU: 27 Jun 2026 – Tayangan dokumentari The Sight of Borneo Kirin arahan mendiang Pentium Tee dan filem Craze Below The Wind arahan Katak Chua menerima sambutan amat menggalakkan, sekali gus membuktikan minat yang semakin meningkat terhadap karya perfileman tempatan Sabah.
Program Tayangan Khas Filem Sabah anjuran Persatuan Filem dan Visual Sabah (SAFVA) sempena Apresiasi Filem Sabah (AFiS) 2026, yang berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2026, kini memasuki penghujung penganjuran dengan tiga lagi tayangan menanti penonton.
Filem NINAVAU akan ditayangkan hari ini, 27 Jun 2026 (Sabtu) jam 1.00 petang di City Cineplex, City Mall, Luyang.
Sementara itu, filem Silence of The 177 dan MANTERA akan menemui penonton esok, 28 Jun 2026 (Ahad).
Kesemua lima filem yang ditampilkan dalam program ini mendapat sokongan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), manakala TV Sabah bertindak sebagai rakan media rasmi.
Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan karya-karya filem Sabah yang sarat dengan nilai budaya, sejarah dan kreativiti tempatan. Kemasukan adalah percuma.

