SMK Bandaraya Terima RM405,900 Bantuan Awal Persekolahan

photo 2026 01 13 11 41 58

KOTA KINABALU: 13 Januari 2026 — SMK Bandaraya Kota Kinabalu menerima peruntukan RM405,900 bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026, sekali gus memastikan semua murid warganegara di sekolah tersebut mendapat sokongan kewangan pada permulaan sesi persekolahan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Sabah secara keseluruhan menerima RM76 juta untuk diagihkan kepada 508,631 murid di 1,298 sekolah di seluruh Sabah.

Beliau berkata, bantuan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap murid mendapat akses pendidikan yang adil tanpa mengira latar belakang keluarga.

“Bantuan ini selaras dengan misi dan visi kami di Parlimen Sepanggar untuk meletakkan pendidikan sebagai pemacu utama mobiliti sosial bagi mengubah nasib keluarga,” katanya

photo 2026 01 13 11 42 02

SMK Bandaraya menjadi sekolah tumpuan melalui Program Tuisyen Satelit Madani untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang bakal menduduki SPM.

“Program yang bermula pada 2025 itu menjadikan SMK Bandaraya dan SMK Telipok sebagai sekolah perintis. Inisiatif ini melengkapi Tuisyen Anak Madani, iaitu kelas tuisyen percuma yang telah lama dijalankan dalam Parlimen Sepanggar,” jelasnya.

SMK Bandaraya turut menerima manfaat dari Inisiatif Sejahtera Madani, yang menyediakan bantuan kepada anak-anak Sabah daripada keluarga miskin dan miskin tegar, merangkumi yuran pengajian, tuisyen, peralatan sekolah dan keperluan pembelajaran lain melalui Pejabat ICU, JPM Sabah.

photo 2026 01 13 11 42 06

“Bagi menyuntik semangat anak-anak Sepanggar agar terus cemerlang dalam pelajaran, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar telah memperkenalkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang MADANI untuk pelajar SPM dan STPM sejak 2023,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal