Sistem eJuri diperkenal perkukuh kredibiliti pemilihan juara Unduk Ngadau Kaamatan 2026

DEG5306.JPG b Mary1

KOTA KINABALU: 27 Mei 2026 – Jawatankuasa Unduk Ngadau Negeri Sabah 2026 memperkenalkan sistem pemarkahan digital eJuri bagi memperkukuh ketelusan dan kecekapan penilaian.

Pengerusinya, Dr. Mary Gambidau berkata, sistem ini membantu panel juri membuat penilaian lebih tersusun, adil dan profesional, selain menggunakan rubrik untuk konsistensi dan mengurangkan risiko kesilapan pengiraan markah.

1003061403
Dr. Mary Gambidau menyampaikan cenderamata kepada YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam

“Menerusi sistem ini, penilaian dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan telus,” katanya dalam ucapan semasa Sodop Pintutunan Unduk Ngadau 2026.

DEG5441.JPG unduks2 c1

Minggu Unduk Ngadau bermula 26 Mei dengan penilaian awal penampilan, diteruskan sesi soal jawab pada 29 Mei. Satu lagi pembaharuan: 25 peserta akan dipilih ke pusingan kedua pertandingan akhir berbanding 15 sebelumnya.

Pertandingan akhir akan disaksikan pada 31 Mei 2026 di Hongkod Koisaan, KDCA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal