12 warga Filipina ditahan dalam Op Sapu di Labuan

IMG 4208

Oleh: Nurul Fazliana Norman

LABUAN: Seramai 12 warga Filipina ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan dalam Op Sapu yang dilaksanakan di sekitar bandar Labuan dan sebuah kawasan penempatan pada 11 hingga 12 November lalu.

Operasi bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi itu melibatkan 15 pegawai imigresen dengan pemeriksaan dilakukan di lima premis.

Menerusi operasi berkenaan, seramai 84 individu diperiksa, terdiri daripada 51 warganegara Malaysia, 31 warga Filipina dan dua warga Indonesia.

IMG 4203

Menerusi jumlah itu, 12 warga Filipina ditahan membabitkan seorang lelaki, lima wanita termasuk enam kanak-kanak kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dua Borang IMM.29 (Saman Kepada Saksi) turut dikeluarkan untuk membantu proses siasatan.

JIM Wilayah Persekutuan Labuan menerusi kenyataannya memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat untuk menangani isu keberadaan warga asing tanpa dokumen, pas atau permit yang sah.

Orang ramai diseru menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen melalui saluran rasmi jabatan.

Sumber: JIM W.P Labuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal