Shafie bangkit isu sempadan Sebatik, gesa penjelasan terbuka

72c6a15c 29da 4a8d a786 116221fd8ef0

KOTA KINABALU: 1 Mei 2026 — Shafie Apdal membangkitkan isu sempadan di Pulau Sebatik susulan dakwaan kira-kira 100 ekar tanah diserahkan kepada Indonesia.

Beliau berkata perkara itu perlu dijelaskan secara terbuka bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat, khususnya penduduk tempatan.

“Kita tidak menolak rundingan, tetapi mesti ada ketelusan. Apa yang dipersetujui perlu dimaklumkan,” katanya dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menurut beliau, sebarang perubahan sempadan negara tidak boleh dibuat tanpa melalui proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi kepada penduduk tempatan sekiranya isu itu tidak diperjelaskan dengan teliti.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri memastikan ketelusan dalam sebarang rundingan berkaitan sempadan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal