Lapangan Terbang Lawas Ditutup Sehingga 19 September Akibat Banjir

photo 2025 09 17 19 31 13

LAWAS: 17 September 2025 – Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan banjir kilat di sekitar Sungai Lawas sehingga memaksa Lapangan Terbang Lawas ditutup selama tiga hari sehingga 19 September ini.

Penutupan itu menjejaskan sebanyak 38 penerbangan keluar dan masuk.

Jurucakap MASwings mengesahkan pihaknya menerima notis dari pihak berkuasa lapangan terbang berhubung penutupan tersebut dan kini sedang berusaha menyusun semula jadual perjalanan bagi penumpang yang terjejas.

Lapangan terbang yang terletak berhampiran Sungai Lawas itu sememangnya berisiko dilanda banjir kilat setiap kali hujan berpanjangan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Clarence D. Primus Tiandun, berkata beberapa kawasan penempatan turut terjejas akibat hujan berterusan hingga jam 2 pagi semalam.

Antara kawasan yang dinaiki air termasuk Kampung Siang-Siang dan beberapa rumah di Merapok.

Bagaimanapun, setakat jam 12 tengah hari, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka kerana keadaan masih terkawal.

Beliau menegaskan pihak bomba terus melakukan pemantauan rapi situasi semasa bagi memastikan keselamatan penduduk serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal