RM18.7 Bilion Sabah, RM16.2 Bilion Sarawak untuk Belanjawan 2027

ef722e25 cb03 4855 9f83 d4b78ef649f1

KUALA LUMPUR: 9 Okt 2026 – Kerajaan Persekutuan mengekalkan komitmen tertinggi terhadap pembangunan wilayah Borneo dengan memperuntukkan dana terbesar dalam sejarah menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Sabah menerima peruntukan pembangunan RM18.7 bilion, meningkat berbanding RM17.6 bilion yang diterima negeri itu sepanjang tahun ini.

Sarawak diperuntukkan RM16.2 bilion, melonjak berbanding RM15.1 bilion yang disalurkan kepada bumi Kenyalang sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan pemberian dana pembangunan berskala besar itu merupakan komitmen berterusan kerajaan di bawah gagasan Malaysia Madani untuk memacu pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Maka, itulah konsep yang diterjemahkan dalam soal peruntukan kepada negeri-negeri agar wilayah yang masih tertinggal diberikan kekuatan untuk merapatkan jurang perbezaan. Bukan semua menerima perkara yang sama, tetapi setiap negeri menerima apa yang munasabah dan wajar untuk memungkinkan rakyatnya ikut maju,” katanya.

Beliau berkata, agihan peruntukan yang inklusif itu membuktikan konsep keserataan yang wajar untuk memastikan wilayah Borneo mampu merapatkan jurang perbezaan prasarana dan bersama-sama menikmati kemajuan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal