Renoddry Remey Pecah Empat Rekod Olahraga SUKOV

photo 2026 06 29 10 12 51

KENINGAU: 28 Jun 2026 – Seorang pelajar berkeperluan khas Tingkatan 5 dari Kolej Vokasional (KV) Keningau mencipta sensasi apabila berjaya memecahkan empat rekod kejohanan dan merangkul empat pingat emas dalam Sukan Kolej Vokasional (SUKOV) Zon Sabah/Labuan yang berlangsung di Kompleks Sukan Keningau pada 15 dan 16 Jun lalu.

Atlet muda, Renoddry Remey, mendominasi acara pecut dengan memenangi emas dalam acara 200 meter, 400 meter, 4×100 meter dan 4×400 meter, sekali gus membuktikan keupayaan luar biasanya di trek balapan.

Beliau turut mencatat dua rekod baharu kejohanan pada hari pertama pertandingan apabila memenangi acara 200 meter dengan catatan 22.85 saat serta 400 meter dengan masa 51.88 saat dalam aksi akhir yang berlangsung pada hari yang sama.

photo 2026 06 29 10 12 48

Kecemerlangan beliau diteruskan pada hari berikutnya apabila turut membantu pasukan KV Keningau mencipta rekod baharu dalam acara 4×100 meter dengan catatan 44.53 saat dan 4×400 meter dengan masa 3 minit 36 saat, sekali gus melengkapkan dominasi penuh dalam acara pecut.

photo 2026 06 29 10 12 55

Seminggu selepas kejohanan SUKOV, Renoddry turut mengekalkan prestasi cemerlang apabila meraih tiga pingat emas dan satu perak dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Keningau. Dalam kejohanan tersebut, beliau turut mencatatkan rekod peribadi terbaik bagi acara 400 meter dengan masa 50.80 saat.

photo 2026 06 29 10 12 59

Dengan pencapaian tersebut, Renoddry kini dipilih untuk mewakili zon Sabah/Labuan ke peringkat kebangsaan SUKOV yang dijadualkan berlangsung di Kelantan pada Ogos depan.

Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian atlet muda itu bersama seluruh pasukan yang telah menunjukkan disiplin dan komitmen tinggi sepanjang latihan dan kejohanan.

Beliau berkata kejayaan tersebut membuktikan keberkesanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di kolej berkenaan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran dan latihan yang inklusif, kondusif dan mampu menggilap potensi pelajar berkeperluan khas ke tahap tertinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal