KOTA KINABALU: 18 Ogos 2026 — Pusat Jantung Sabah bernilai RM125 juta dijangka mula beroperasi pada suku ketiga 2029.
Menteri Kesihatan, Datuk Dzulkefly Ahmad, berkata kerja pembinaan disasar bermula pada suku ketiga 2027 dan mengambil masa kira-kira 24 bulan.
“Kita berharap ia dapat beroperasi menjelang suku ketiga 2029,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bilangan 1 Tahun 2026, di sini, Isnin.
Projek di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) Rolling Plan 1 (RP1) 2026 itu kini dalam peringkat awal pelaksanaan.
KKM sedang melaksanakan proses perolehan untuk ujian bahan yang dijangka selesai bulan ini, sebelum Makmal Pengurusan Nilai dilaksanakan pada suku pertama 2027.
Pusat Jantung Sabah adalah antara tujuh projek baharu daripada 53 projek kesihatan yang melibatkan peruntukan RM1.57 bilion kepada Sabah di bawah RMK-13 RP1 2026.
Sumber: JAPEN

