Premis makanan mesti bebas rokok, vape — Julita

BC285C96 9747 4B5B 915E 67791C4F34B0 C02AC49B 3114 43C6 8C0B 50FD5D2E101C

PENAMPANG: 1 Oktober 2026 — Program Premis Bersih dan Bebas Asap Rokok (BeBAs) diteruskan tahun ini untuk memperkukuh keselamatan makanan dan mewujudkan persekitaran bebas rokok di seluruh Sabah.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, menegaskan aspek penjagaan kebersihan dan udara bersih di restoran sepatutnya sudah menjadi amalan rutin harian masyarakat.

“Kebersihan, keselamatan makanan dan persekitaran bebas asap rokok perlu menjadi sebahagian daripada budaya harian kita, bukan sekadar amalan ketika pemeriksaan atau program tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran Program BeBAs Siri 3 Tahun 2026 di Funky Farm Food Court, Kepayan, hari ini.

Menurut Julita, program kesihatan awam itu dilaksanakan secara berterusan dengan penglibatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), pihak berkuasa tempatan (PBT), pengusaha makanan dan komuniti.

Siri jelajah kempen itu bermula sebagai projek rintis di Bandar Kubota, Tawau pada 2024, sebelum diteruskan di Heritage Street, Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu pada tahun lalu.

Menerusi siri ketiga di daerah Penampang ini, pengendali makanan digesa memenuhi kualiti pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS), termasuk kewajipan mengambil suntikan vaksin anti-tifoid.

Julita menambah, penguatkuasaan larangan merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kini diperkukuh untuk melindungi orang awam dari bahaya asap rokok dan vape.

Operasi pemantauan kali ini mencatatkan pematuhan 100 peratus dalam kalangan pengusaha premis dalam mempamerkan tanda larangan merokok.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah JKNS, Datuk Dr. William Gotulis, dan Presiden Majlis Perbandaran Penampang, Noemi Dyena John Tren.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal