Polis buru lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sulaman

WhatsApp Image 2026 11 15 at 2.49.55 PM

KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Kinabalu sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes bunuh di Sulaman Sentral, Kuala Menggatal.

Lelaki itu dikenali sebagai Kusdino Bin Paad, 38, warga tempatan, dengan nombor kad pengenalan 880225-49-5859.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang tahu di mana lelaki itu berada diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Sumber: PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal