Petinju Sabah berusia 16 tahun cipta sensasi menang debut profesional

6f1b09aa fe80 411d b985 4fa14f5e279b 6D4733B2 7641 4DA1 874D 434455A2BC7D

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PUTATAN: 18 Julai 2026 – Petinju muda Sabah, Muhammad Khairul Ikhwan, mencipta sensasi selepas meraih kemenangan pada penampilan sulungnya di pentas profesional dengan menewaskan lawan yang lebih berpengalaman dalam kejohanan BAM Championship di Dewan Sri Putatan, semalam.

Kemenangan itu disifatkan Khairul sebagai antara pencapaian terbesar dalam kariernya memandangkan beliau berjaya melakar kejayaan pada usia 16 tahun dengan menewaskan petinju yang telah beberapa kali beraksi di pentas profesional.

Menurutnya, pertarungan berkenaan tidak berlangsung seperti yang dijangkakan kerana rentaknya lebih agresif berbanding perancangan asal yang lebih tertumpu kepada aspek teknikal.

e3b558e1 2e70 486a 95b8 07b384da0614

“Yang berjaya saya lakukan ialah mendaratkan pukulan left body shot yang jurulatih saya suruh saya berlatih sebelum ini, syukur ia menjadi dalam pertarungan tadi,” katanya.

Mengulas aksi lawannya, Khairul menyifatkan pertarungan itu sebagai yang paling mencabar sepanjang kariernya setakat ini kerana berdepan petinju yang mempunyai semangat juang tinggi.

“Dia bukan fighter biasa, dia memang ada hati, kuat dan tidak mudah mengalah,” tambah beliau.

e45242c7 0ecc 4cb3 811e 55358b4023f0 886E87E0 313D 477B A5CA F10EE609C467

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapanya, jurulatihnya, dan penajanya yang sentiasa memberi sokongan sepanjang persiapan sehingga berjaya mencatat kemenangan pada penampilan sulung profesionalnya.

Selepas kemenangan itu, Khairul berharap dapat terus membina karier dalam arena tinju profesional walaupun masih muda, selain mahu menjadi inspirasi kepada atlet seusianya untuk berani mencabar diri.

“Ramai atlet umur 16 tahun macam saya mungkin gentar untuk naik ke peringkat profesional sebab cabarannya besar, tapi kalau saya boleh, mereka pun boleh,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal