Penunggang motosikal maut terbabas di Bulatan 360

IMG 2275

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PENAMPANG: 12 September 2026 – Seorang penunggang motosikal lelaki warga tempatan berusia 22 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di KM1.8, Bulatan 360, Jalan Bundusan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 pagi itu, mangsa dipercayai menunggang motosikal secara bersendirian dari arah Donggongon menuju ke Jalan Bundusan.

Ketika melalui bulatan berkenaan, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk tujuan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Penampang, ASP Arisanti Aziz berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, mematuhi peraturan dan had laju ditetapkan selain meningkatkan kewaspadaan ketika melalui selekoh dan bulatan.

Sumber: Polis Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal