PENAMPANG: 6 Julai 2026 – Seorang penunggang motosikal lelaki tempatan berusia 47 tahun disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motokar dan motosikal di Kilometer 17, Jalan Kota Kinabalu–Papar, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang berkata, siasatan awal mendapati sebuah motokar yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Papar hilang kawalan sebelum melanggar motosikal mangsa.
Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa terseret dan terbakar di lokasi kejadian, manakala mangsa tercampak ke atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Pemandu motokar telah ditahan untuk membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Polis Daerah Penampang

