Lelaki warga asing ditahan disyaki cederakan mangsa dengan kayu bakau

740334742 1511714404318221 5030518268231058397 n

TAWAU: 6 Julai 2026 – Seorang lelaki warga asing berusia 36 tahun ditahan kerana disyaki mencederakan seorang lelaki menggunakan senjata dalam satu serbuan di Kampung Air Batu 4, Jalan Apas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, suspek yang ditahan turut didapati berada di negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Air Batu 4 apabila mangsa, seorang lelaki berusia 42 tahun, dipercayai diserang suspek selepas berlaku perselisihan faham.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan sebelah kanan sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tawau dan seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berjaya mengesan dan menahan suspek di hadapan sebuah rumah di Kampung Air Batu 4.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, sekali gus membawa kepada siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selain Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam operasi itu, polis turut merampas sebatang kayu bakau sepanjang kira-kira 112 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian dan dijadikan sebagai barang kes.

Semakan rekod lampau turut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal