Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
PENAMPANG: 11 Oktober 2026 – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal dinaikinya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bulatan jalan raya di Bulatan Pavillion, Jalan Bundusan, semalam.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy bin Newton berkata, siasatan awal mendapati motosikal itu bergerak dari arah lampu isyarat KDCA sebelum kejadian berlaku.
Motosikal berkenaan kemudian melanggar bahagian kanan sebuah motokar yang dipandu lelaki tempatan berusia 48 tahun.
Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk menjalani bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang

